PPPM

aktiviti terkini

Selamat Menghadapi Ujian 1 Mac 2015..Good Luck & All The Best..Terima kasih dan tahniah kepada pelajar kerana berjaya hadir ke sekolah... Harap Maklum Peringatan kepada warga pelajar:PARA PELAJAR YANG DISAYANGI...SILA PATUHI PERATURAN SEKOLAH.DISIPLIN ASAS KEJAYAAN...

Thursday 8 May 2014

Saturday 5 April 2014

Kejayaan SMKTM Menjuarai Kejohanan Balapan 2014.

Bukti kejayaan SMK TAMAN MOLEK di Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang 2014 di Harian Metro muka surat 80 Edisi Jumaat 4 April 2014. #MH370

Friday 4 April 2014

Puisi Untuk MH370

Pulanglah.
Dunia penuh tangisan. 
bila kau hilang. lenyap. sesat. entah dimana.

Pulanglah.
Ada hati yang merindu kamu.
Ada jiwa yang merintih pilu.
Ada mata yang membengkak sayu.
Tatkala kamu pergi menjauh.


Jangan pergi membawa diri,
kami disini tak pernah membenci.

MH370.
Tunjukkan keberadaanmu.
Tunjukkan jasad kamu.
Lindungilah penghunimu.
Kerana kami kan setia menantimu.
 
 
 
 
 

Thursday 20 March 2014

Selamat Bercuti kepada Warga SMKTM


Saya mewakili barisan Guru-Guru dan Pentadbir Sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pelajar SMKTM. Semoga para pelajar memanfaatkan masa cuti yang diberi ini dengan sebaik-baiknya. Sekolah akan kembali dibuka pada 30/3/2014. SELAMAT BERCUTI


Tuesday 18 March 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2013

Semakan Keputusan SPM 2013 boleh anda perolehi dengan cara :
  • Melakukan semak keputusan SPM 2013 di sekolah bermula 10.00 pagi pada 20 Mac 2014. (Dewan Mini SMKTM).
 # Pakaian mestilah kemas dan sopan.
  • Ataupun anda boleh melakukan semakan keputusan SPM 2013 secara SMS.
  • Semakan keputusan SPM 2013 secara SMS boleh anda semak bermula dari jam 10:00 pagi 20 Mac 2014
  • Format semakan SPM 2013 secara SMS MS : SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888. Contoh: SPM 901023045657 BC0001A040. Hantarkan SMS ke 15888.


Tuesday 11 March 2014

SMKTM JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD PG 2014


Barisan pegawai dan  kejurulatihan serta atlet atlet SMKTM.



Antara anugerah yang dimenangi oleh Team SMKTM


Wajah-wajah atlet atlet SMKTM



Piala-piala Yang dimenangi oleh team SMKTM



Saturday 15 February 2014

T2013 SEAMEO-Japan ESD Award Theme: Values Education (Tiket Sayang Programme)


Tahniah kepada SMK Taman Molek kerana telah menyertai 2013 SEAMEO-Japan ESD Award  melalui program Tiket Sayang. Diharapkan program ini akan terus berjaya di masa akan datang. Terima kasih kepada 'team tiket sayang' yang diketuai oleh Pn Sim. TAHNIAH!



SIJIL PENYERTAAN




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 H / 2014

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014. SMK Taman Molek telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada  8 Februari 2014 (Sabtu).

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

















Wednesday 29 January 2014

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (RM 100) TAHUN 2014

Kepada Ibubapa/Penjaga
Pelajar-pelajar SMK Taman Molek, J.Bahru.


Penyampaian bantuan tersebut akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

TARIKH: 5 FEBRUARI 2014 (RABU) 

TEMPAT: MAKMAL SAINS / DEWAN MINI 

MASA:
  • 11.30 PG -1.30 PTG (Peralihan, Tingkatan 1 & Tingkatan 2)  

  • 12.30 TGH - 2.30 PTG (Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5) 


Sila bawa bersama
  1. Kad Pengenalan tuan/puan 
  2. Kad Pengenalan atau sijil lahir anak
 

Wednesday 1 January 2014

Selamat Kembali ke Sekolah

 Assalam dan salam sejahtera...

Pihak sekolah SMK Taman Molek mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar dan selamat bertugas kembali kepada semua guru.

Diharapkan tahun 2014 memberikan sinar baru yang lebih gemilang kepada SMK Taman Molek.



Sekian Terima Kasih