PPPM

aktiviti terkini

Selamat Menghadapi Ujian 1 Mac 2015..Good Luck & All The Best..Terima kasih dan tahniah kepada pelajar kerana berjaya hadir ke sekolah... Harap Maklum Peringatan kepada warga pelajar:PARA PELAJAR YANG DISAYANGI...SILA PATUHI PERATURAN SEKOLAH.DISIPLIN ASAS KEJAYAAN...

Tuesday 4 December 2012

PENDAFTARAN PELAJAR BAGI TAHUN 2013

Tingkatan 3 & 5 ( Pelajar 2013)

Tarikh        : 27 Disember 2012 (Khamis)
Masa         : 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat     : Dewan SMK Taman Molek
Pakaian    : Uniform Sekolah / Rambut Pendek&Tidak Berfesyen (WAJIB

#Semua pelajar Ting 3 dan 5 dikehendaki menyerahkan salinan kad pengenalan semasa pendaftaran UNTUK TUJUAN PENDAFTARAN PMR&SPM.

_____________________________________________________________


Tingkatan 2 & 4 ( Pelajar 2013)

Tarikh        : 28 Disember 2012 (Jumaat)
Masa         : 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat      : Dewan SMK Taman Molek
Pakaian     : Uniform Sekolah / Rambut Pendek&Tidak Berfesyen (WAJIB

_____________________________________________________________


Pendaftaran Pelajar Baru ( Tingkatan 1 dan Peralihan)

Tarikh        : 31 Disember 2012 (Isnin)
Masa         : 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat      : Kelas-kelas
Pakaian     : Uniform Sekolah / Rambut Pendek&Tidak Berfesyen (WAJIB

Saturday 1 September 2012

Sambutan Kemerdekaan kali ke-55

Sambutan Kemerdekaan ke 55- 'Janji Ditepati' peringkat sekolah diadakan pada 30 Ogos 2012 bertenpat di Dewan Mini SMKTM.Bertemakan Janji Ditepati, ia melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera.




















Monday 13 August 2012

SALAM AIDILFITRI 2012/1433

Barisan Pentadbir dan Guru-Guru SMK Taman Molek, Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Pelajar Yang Beragama Islam.Selamat Pulang Ke Kampung Halaman.Berhati-Hati Di Jalan Raya.


Wednesday 4 July 2012

SUKANTARA 2012

Acara sukantara 2012 (25-28 Jun 2012)

Jadual Pertandingan Sukantara 2012

Kategori Perempuan

  • 25/6/2012 -Gamma, Beta, Sigma
  • 26/6/2012-Omega, Delta, Alfa

Kategori Lelaki

  • 27/6/2012-Gamma, Beta, Sigma
  • 28/6/2012-Omega, Delta ,Alfa


Warna Warni Sukantara

 acara 100 meter
 lontar peluru
 lompat jauh

 taklimat QM oleh Cikgu Shahril


Sunday 22 April 2012

KARNIVAL KO KURIKULUM 2012

Karnival Ko-Kurikulum akan diadakan pada 28 April 2012..Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya pertandingan bola sepak,bola jaring,persembahan lakonan (kelab setia),pertandingan nasyid,pertandigan gubahan bunga, gerai jualan oleh persatuan/kelab dan banyak lagi.


p/s: pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah lengkap atau pakaian beruniform lengkap serta berkasut sukan/kasut sekolah. Sila patuhi peraturan sekolah.

Tuesday 17 April 2012

Khas Untuk Pelajar SMKTM:TEKNIK MUDAH BELAJAR MATEMATIK

RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)


Salin dengan tulisan yang terang.

Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.

Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.

Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.

Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.

Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.




REWORK ALL MODELS 5X (BUAT SEMULA SEMUA CONTOH-CONTOH PENYELESAIAN SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI)

Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.

Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.

Selesaikan secara pantas.

Teknik ini meningkatkan kemahiran.

Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama dan begitulah seterusnya.

Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.

Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.

Hari Jumaat, Sabtu, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan banyak masalah Matematik yang bertaraf peperiksaan.



RECITE OUT LOUD (LAFAZKAN DENGAN SUARA YANG KUAT)

Lafazkan.

Suara anda harus dikuatkan.

Lafazkan formula berulang-ulang.

Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.

Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan (teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkah-langkah penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).



RECHECK (SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN)

Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.



REASONABLENESS (PERHATIKAN JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA)

Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun Sejarah atau Geografi.

Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.

Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.



Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.



Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja.



Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan taku buku-buku tersebut mengalami kekotoran.



Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.



Satu teknik lagi yang harus anda amalkan ialah ketika anda berdiri di stesen bas atau ketika anda berada di dalam bas atau kereta. Anda perhatikan nombor kereta. Katakan nombor kereta yang anda lihat itu ialah SA8978R. Campurkan sepantas kilat 8+9+7+8=32. Ya, jawapannya ialah 32. 8+9=17, 7+8=15 dan 17+15 = 32. Atau darabkan 8x9=72, 72x7=152, 152x8=1216; 150x8=1200 dan 2x8=16, 1200+16=1216. Latihkan diri anda setiap hari. Yakinlah Matematik anda akan menjadi pantas.



Amalkan juga selalu pembelajaran Matematik cara pembayangan (visualization) sebelum terlena tidur, atau semasa berada di tandas, di perpustakaan dan sebagainya. Pastikan kekuatan mental anda. Jangan lupa sarapan pagi yang baik setiap hari seperti telur, susu, buah-buahan, ikan, daging (burger) dan lain-lain makanan yang berzat. Kurangkan makanan yang mengandungi gula putih yang tinggi seperti coklat, biskut, keropok, kek, kuih, dan juga minuman-minuman manis dalam kotak, botol atau tin.

Monday 16 April 2012

Pertandingan Bola Sepak B15 Peringkat Daerah

Tahniah kepada pasukan bola sepak B15 kerana telah berjaya sampai ke peringkat suku akhir.


Keputusan Perlawanan:

peringkat kumpulan: (naib johan kumpulan)
  • SMKTM  vs SMK KOTA PUTERI 2  ------ (1 - 1 )- Seri
  • SMKTM  vs SMK PG3----------------------(4 - 1 )- Menang
  • SMKTM  vs SMK PG1----------------------(1 - 1 )- Seri
Pusingan kedua

  • SMKTM vs SMK SERI ALAM ----------------------(2 - 1 )- Menang

Peringkat Suku Akhir

  • SMKTM vs SMK KOTA MASAI 2----------------------(0 - 1 )- Kalah

Tuesday 10 April 2012

PERTABALAN YANG DI-PERTUA AGONG MALAYSIA KE-14.

Warga SMK Taman Molek menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada 11 April 2012.DAULAT TUANKU.

Wednesday 4 April 2012

Anugerah Mingguan Tiket Sayang (2 APRIL 2012)

Tahniah kepada pelajar yang terpilih untuk memenangi Anugerah Mingguan Tiket Sayang. Semoga perlakuan positif kamu akan menjadi ikutan kepada pelajar lain.

Nur Afizah (1B5)..Patrick (1B1)..Nursyazwani (1B1)..Nur Elysha (1B1)..Nicolas Lim Hong Da (1A1)..Nor Naziatul Aniesha (1B1)..Jayashree (1A1)..Chen Yong Jie (1A1)..Arif (1A3)..Lam Zi Ying (1A5)..Mohd Izuddin Abdullah (1B5)..Nurhidayah (1A4).




Nama: Nur Afizah Bt Zahwani
Ting: 1B5
Perlakuan Positif: Membantu guru mengemas semasa hari larian perdana.
Guru yang menyayangimu: Cikgu Noraida


Nama: Patrick
Ting: 1B1
Perlakuan Positif: Selalu menghantar buku latihan matematik tepat pada waktunya.Tahniah.
Guru yang menyayangimu: Cikgu Fudzla





Nama: Nur Elysha Fatihah
Ting: 1B1
Perlakuan Positif: Menulis nota PJK dengan tulisan yang kemas dan lukisan yang cantik.Tahniah.
Guru yang menyayangimu: Cikgu Noraida


 
Nama: Nur Syazwani Ramli
Ting: 1B1
Perlakuan Positif: Berjaya mencapai 95% dalam Ujian 1(BM).Tahniah dan teruskan usaha.
Guru yang menyayangimu: Cikgu Noraida




Nama: Nor Naziatul Aniesha
Ting: 1B1
Perlakuan Positif: Tahniah, sering memberi jawapan yang tepat di dalam kuiz sejarah.
Guru yang menyayangimu: Cikgu Amien



Nama: Nicholas Lim Hong Da 
Ting: 1A1
Perlakuan Positif: Telah melengkapkan pembetulan dengan kemas, mengikut tetapan dan dihantar pada hari yang ditetapkan.
Guru yang menyayangimu: Cikgu Hew


Nama: Chen Yong Jie
Ting: 1A1
Perlakuan Positif: You always hand in homework on time..
Guru yang menyayangimu: Cikgu Lim Bee Hong






Nama: Jayashree
Ting: 1A1
Perlakuan Positif: Berjaya mencapai 97% dalam Ujian 1 (Sejarah).Tahniah dan teruskan usaha.
Guru yang menyayangimu: Cikgu Norliza


Nama: Lam Zi Ying 
Ting: 1A5
Perlakuan Positif: Telah menyiapkan dan menghantar kerja rumah pada hari yang ditetapkan.
Guru yang menyayangimu: Cikgu Hew






Nama: Ariff
Ting: 1A3
Perlakuan Positif: Merupakan seorang pelajar yang sentiasa membantu guru dan memberi tumpuan di dalam kelas Geografi.Terima kasih...
Guru yang menyayangimu: Cikgu Azura A'rifin


Nama: Nurhidayah Bt Hidar
Ting: 1A4
Perlakuan Positif: mengambil inisiatif untuk membersihkan makmal sains selepas eksperimen. Terima Kasih
Guru yang menyayangimu: Cikgu Lim Bee Hong


Nama: Mohd Izuddin Abdullah.                         Ting:1B5                                                                         Perlakuan Positif: Suka menolong guru, menghormati guru dan sentiasa menyiapkan nota dan latihan dengan lengkap.    Guru yang menyayangimu: Ustazah Maizal

Monday 2 April 2012

Anugerah Tiket Sayang (16 Mac 2012)

Tahniah kepada: Mohd Nurhaziq (1A3), Khairul Ikhwan (2A5), Nur Shahirah (1B1), Syamil Shah (1B1), Nurul Wzlin (1A4), Syafiqah Rozana (1B1), Koh Jie Qi (2A1), Saidatul Athirah (1A1), Muhamad Firdaus (2B3), Muhamad Syahme (1A3)






Pelajar Tersayang: SAIYIDAH ATHIRAH (1A1)

Sayang Kamu Kerana: 'Neat and excellent work.Keep it up'

From: Cikgu Lim Bee Hong

Pelajar Tersayang: MUHAMMAD FIRDAUS ABU SAMAH (2B3)

Sayang Kamu Kerana: 'menghantar modul nota tepat pada masanya serta terlibat dengan aktiviti mengemas bengkel.'

From: Cikgu Noor Fazila



 Pelajar Tersayang: MOHAMAD NURHAZIQ HAIDZIR (1A3)

Sayang Kamu Kerana: ' Tahniah kerana melengkapkan kertas lembaran kerja KH dengan sangat kemas.'

From: Cikgu Fudzla Suraya


Pelajar Tersayang: MUHAMMAD SYAHME (1A3)

Perlakuan Positif: 

'Your work is very tidy,  i can see your effort, keep it up'

From: Cikgu Lim Bee Hong


Pelajar Tersayang: KHAIRUL IKHWAN (2A5)

Sayang Kamu Kerana: ' Bersunguh-sunguh menghasilkan nota yang ceria.Usaha kamu selama ini tidak sia-sia.Teruskan Usaha.'

From: Cikgu Azura A'rifin


Pelajar Tersayang: KOH JIE QI (2A1)
Sayang Kamu Kerana: ' Menghantar buku latihan tepat pada masanya.'
From: Cikgu Siti Maisarah


Pelajar Tersayang: SYAMIL SHAH (1B1)
Sayang Kamu Kerana: ' Sentiasa memberikan tumpuan semasa pembelajaran geografi.Teruskan usaha.'
From: Cikgu Azura A'rifin




Pelajar Tersayang: NUR SHAHIRAH (1B1)
Sayang Kamu Kerana: ' Sentiasa membantu guru dalam menyiapkan kecerian kelas.'
From: Cikgu Azura A'rifin




Pelajar Tersayang: SYAFIQAHN RAZANA (1B1)
Sayang Kamu Kerana: ' Sentiasa membantu guru, memberi tumpuan yang baik sepanjang P&P guru.'
From: Cikgu Azura A'rifin


Pelajar Tersayang: NURUL EZLLIN FAZIYANTIE (1A4)
Sayang Kamu Kerana: ' Thank you for completing your work. Good Job.'
From: Cikgu Lim Bee Hong


 
 
-Tahniah kepada para pelajar-